Saturday, 24 November 2012

Disini bermulanya...

       Khalifah, satu nama yang dinobatkan buat umat manusia yang beriman menjadi satu bukti tak berbantah bahawa kita datang ke dunia bukan semata-mata untuk singgah. Di pertengahan pengembaraan yang Allah SWT ciptakan ini, ada tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas dan dilaksanakan. Begitu juga adanya cubaan yang perlu dilalui tanpa kita tahu jawapannya. Namun, hikmahnya percaturan ini mungkin masih lagi kita tafsirkan sebagai tersirat di mana kita yang dibekalkan dengan seribu satu macam dugaan dan amanah ini, diciptakan pula dalam keadaan serba lemah dan kekurangan.
       Di samping menyelusuri denai kehidupan, hati gigih mencari kekuatan dalam menutupi kelemahan yang ada. Hanya untuk keseimbangan emosi dan mengisi ruang yang ada, maka nukilan-nukilan berbentuk puisilah yang dikumpul buat tatapan nurani. Sedar atau tidak, inilah pahit manis kehidupan yang dilalui..
       Jadi, selamat menikmati bingkisan-bingkisan sebagai pembakar semangat menempuhi hidup yang sarat dengan suka-duka.. =)


Sebagai permulaan,

Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biarpun miskin harta
Jangan papa adat dan bahasa

Helang-helang buana
Janga lupa saudara tetangga
Bila hujung dijumpa
Jangan pula pangkal yang kau lupa

Harummnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Hidup dalam dunia banyak ceritanya
Selagi bernyawa ada saja karenahnya

Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup
Masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera amalan biasa

Harummnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Ooo.. Penyair atau pujanga
Bermadah kelana
Dunia begitu jua
Dahulu mahu pun sekarang
Tiada berbeza
Puck pangkal hati jua

Kalau emas emas jua
Dibuang tetap berharga
Kalau besi besi jua
Kan karat akhirnya

Dunia banyak ceritanya
Selagi bernyawa ada saja karenahnya

Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup
Masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera amalan biasa =)



          




No comments:

Post a Comment